Thursday, May 17, 2012

Fenomena Kejatuhan Harga Emas

Assalamualaikum w.b.t,

Dah lama rasanya saya tidak menulis di sini sejak Disember tahun lepas. Alhamdulillah berkesempatan kali ni nak kongsi dengan pembaca semua.

Seperti tajuk di atas, harga emas telah jatuh mendadak sejak dari September tahun lepas setelah mencecah harga tertinggi. Saya pernah spot harga emas 916 pada RM200 se gram. Memang sangat tinggi. Mungkin ada yang frust membeli pada harga tersebut tapi bagi saya itu adalah asam garam perniagaan emas. Namun yang pasti beli emas bukannya seperti membeli barangan runcit yang ada tarikh luput. Emas akan sentiasa mempunyai nilai selagi mana ia diniagakan. Membeli emas ini adalah untuk jangka masa panjang, malah amatlah malang kalau ada yang membeli emas untuk jangka pendek sebab selalunya mereka akan mengalami kerugian.

Ok la, kita balik ke topik asal kejatuhan harga emas. Mungkin ramai yang ingin tahu termasuk saya tentang kenapa harga emas boleh tiba-tiba jatuh mendadak. Daripada survey di blog-blog dan juga di laman-laman berita alam maya, saya boleh buat kesimpulan kejatuhan harga emas antaranya seperti berikut:

1) Pengukuhan nilai matawang dolar US melalui dasar-dasarnya;
2) Penjualan oleh dana lindung nilai untuk mendapatkan tunai bagi menampung kerugian di pasaran lain;
3) Bank-bank pusat di seluruh dunia telah menyimpan emas;
4) Dan banyak lagi andaian-andaian yang lain yang mempengaruhi harga pasaran emas.

source: http://www.hargaemas.com.my/terkini/sasaran-harga-emas-semasa-30-mac-melepasi-usd1708/
www.adamroslan.com/2011/09/kenapa-harga-emas-september-jatuh-mendadak/

Itu adalah antara sedikit kesimpulan yang boleh saya buat. (kalau nak tahu banyak lagi boleh cari sendiri ye..hehe). Kejatuhan harga emas telah menjadi fenomena dikalangan penggemar emas memandangkan harga emas terus jatuh sejak dari September tahun lepas. Walaupun ada beberapa ketika harga emas menunjukkan peningkatan, tetapi jika dilihat secara graf linear, harga emas terus jatuh sehingga saat ini. Boleh lihat gambarajah di bawah yang diambil dari laman Pelabur Jutawan:


Saya dapat rasakan ada kegusaran di kalangan penyimpan emas dengan fenomena ini kerana risaukan mengalami kerugian. Seperti saya sebutkan di atas tadi, membeli emas bukannya seperti membeli nasi lemak atau goreng pisang yang ada tarikh luput. Ia adalah untuk jangka panjang. Oleh itu, tindakan yang wajar dilakukan ialah, ketika harga emas berada di tahap harga yang rendah, simpanlah ia baik-baik. Bila harga dah meningkat naik, boleh la dijual sekiranya dah ada untung (jgn riso2 k..).

Berlainan pula halnya dengan orang yang nak beli emas. Mereka mungkin sedang bersuka ria melihat graf emas yang menurun. Masing-masing mungkin sedang menunggu masa terbaik membeli iaitu pada harga yang paling rendah. Memang benar, sekarang adalah masa terbaik membeli kerana harganya berada pada tahap yang rendah. Berdasarkan kepada rekod saya, emas 916 pada 26/4/2012 pernah mencatatkan harga RM172 se gram. Malah pada hari semalam, harganya menurun kepada RM158 se gram. Perghhh!!! memang rendah sangat dah tu. Persoalannya, ada sesiapa yang tahu bila harga emas akan berada pada tahap paling rendah sebelum ia meningkat naik? Agak susah juga nak jawab tu.

Oleh itu, antara tindakan terbaik yang boleh dilakukan bagi mengelakkan kita terlepas membeli pada harga rendah ialah dengan cara membeli secara beransur-ansur. Untuk lebih memahami, cuba kita perhatikan dua situasi tersebut:

Situasi 1:

Lelaki A ada RM10,000 untuk membeli emas. Bila harga emas turun, dia beli emas RM1,000. Bila harga emas turun lagi, dia beli lagi RM1,000. Tapi bila harga emas naik sikit, dia tidak beli malah dia akan tunggu harga emas jatuh lebih rendah dari sebelum ini baru dia akan beli RM1,000 lagi. Begitulah yang dilakukannya sehinggalah cukup RM10,000.

p/s: Lelaki A telah dapat membeli emas setiap kali harga emas jatuh.

Situasi 2:

Lelaki B ada RM10,000 untuk membeli emas. Bila harga emas turun, dia terus beli emas RM10,000. Bila harga emas turun lagi, dia sudah tiada wang untuk membeli lagi. Lalu lelaki B pun tensen, frust, kecewa dan sebagainya. Lelaki B pun berkata "menyesal aku beli emas RM10,000. Kalau aku tahu harga tu boleh jatuh lagi aku tak guna duit tu sampai habis..eee tensen nye..aarrrrgggghhhhhhh...(hehehe, nasi dh jadi bubur boh..)

p/s: Lelaki B dapat membeli emas pada harga rendah hanya sekali sahaja.

Pengajaran: dapatkan nasihat pakar-pakar sebelum membeli emas. Den amateur je..hehe..

Alhamdulillah, semoga perkongsian kali ni dapat memberi manfaat kepada semua pembaca. Untuk akhirnya, kepada sesiapa yang nak beli emas, boleh la hubungi saya di talian 019-4606961. Kalau nak survey harga emas boleh lah layari http://www.publicgold.com.my/.

Wallahu'alam.

Ibnu Hassan

Thursday, December 8, 2011

Public Gold's Online Ordering Service

Assalamualaikum w.b.t,

Semoga kehidupan kita semua sentiasa di dalam rahmat dan redha Allah s.w.t. Agak lama juga saya tidak menulis di sini.

Berita baik kepada semua dealer Public Gold (PG). Untuk makluman anda, Public Gold's online ordering service telah kembali aktif, alhamdulillah. Untuk tujuan tersebut anda perlu log-in di website PG (www.publicgold.com.my) seperti sebelum ini. Namun semua password telah di reset dan password lama anda adalah invalid.

Oleh itu, sila semak emel anda sekiranya PG ada menghantar Username dan Password yang baru. Sekiranya tiada emel diterima, sila emel kepada PG berkenaan perkara tersebut di alamat emel enquiry@publicgold.com.my. Kepada New Dealer, sila emel terus kepada PG. Di bawah ini saya berikan contoh format emel kepada PG:

Subject: Online Ordering

Dear Public Gold,

I can't log in for online ordering service. Please look on my particulars below:

Name: Muhamad Fitri Bin Hassan
IC No.: xxxxxx-xx-xxxx
PG Code: PG010704
Email: realize85@gmail.com

Thank you.

Regards,
Muhamad Fitri Bin Hassan


Semoga bermanfaat.

Sekian, terima kasih.

Sunday, October 30, 2011

Gambar emas i-series Public Gold

Assalamualaikum.

Kepada peminat2 barang kemas, berikut adalah beberapa gambar produk i-Series Public Gold. Jika berminat, boleh hubungi saya ye. Semoga bermanfaat.













Untuk keterangan lanjut, sila klik sini http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/pelaburan-emas-yang-menguntungkan-melalui-barang-kemas-i-series/

Sekian, terima kasih.

Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Alamat dan telefon cawangan Public Gold seluruh Malaysia

Assalamualaikum,

Memandangkan website Public Gold (http://www.publicgold.com.my/) sekarang masih lagi dalam proses kemaskini, jadi banyak aktiviti yang tidak dapat dibuat melalui website tersebut. Disamping tidak dapat membuat online booking, anda juga tidak dapat membuat semakan alamat dan no. telefon cawangan public gold di seluruh Malaysia. Oleh itu, bagi memudahkan anda semua, berikut adalah alamat dan no. telefon semua cawangan Public Gold di seluruh Malaysia:

Main Office: Penang
12E First Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang.
Telefon: 04-644 9999

Cawangan Penang
Bishop : No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang,
Telefon: 04-261 9999

Cawangan Sunway:
42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor),
Mentari Business Park, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.
Telefon: 03-5634 8999

Cawangan Negeri Sembilan:
152-1 & 152-2,
Block M, Taipan Senawang,
Jalan Taman Komersial Senawang 1,
Taman Komersial Senawang,
70450 Seremban, Negeri Sembilan
No. Tel: 06-6782916

Cawangan Melaka :
No. 9-A, 9-B,
Jalan Melaka Baru 22,
Taman Melaka Baru,
Batu Berendam,
75350 Melaka.
(sebelah Perodua)
Telefon: 06-317 5499

Cawangan Johor Bahru :
45A&B, Jalan Persisiran Perling,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor.
Telefon: 07-235 8999

Cawangan Sungai Petani, Kedah:
No. 86B, 1st Floor,
Jalan Pengkalan,Taman Pekan Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah.
Telefon: 04-423 2999

Cawangan Ipoh:
No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom,
30250 Ipoh, Perak.
Telefon: 05-242 8999

Cawangan Kuantan, Pahang :
A-6624 1st and 2nd floor, Jalan Beserah
25250 Kuantan, Pahang.
Telefon: 09-567 8916

Cawangan Kelantan:
Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Telefon: 09-746 2999

Cawangan Kuala Terengganu :
16A, 1st & 2nd Floor,
Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu,
Telefon: 09-626 3999

Cawangan Kuching, Sarawak:
3rd floor, Lots 456 & 457,
Al-ldrus Commercial Centre,
Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.
Telefon: 082-252 916

Semoga banyak membantu.

Sekian, terima kasih :-)

Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Thursday, October 27, 2011

Harga Emas Dijangka Naik Lagi

Assalamualaikum w.b.t.

Kita dapat melihat selepas Hari Raya puasa baru-baru ini, harga emas telah jatuh menjunam sehingga mengenai garisan Support Price. Berdasarkan pemerhatian saya, harga emas pada hari selasa yang lepas adalah pada RM130.00 se gram.

Beruntunglah kepada sesiapa yang telah membeli pada paras harga tersebut kerana pada hari ini harga emas telah melonjak naik dengan sangat tinggi sehingga mencecah RM184.00 se gram. Meningkat sebanyak RM54.00 hanya dalam tempoh 2 hari. Ada yang mengatakan itu disebabkan Hari Deepavali.

Tidak kira apa jua faktor, kepada sesiapa yang berminat dengan emas, anda sepatutnya cepat bertindak ketika harga emas sedang rendah. Ramai yang meramalkan harga emas akan meningkat naik lagi. Jadi, fikirkanlah sebelum anda menggigit jari sendiri nanti.

Selamat melabur.

Sunday, October 9, 2011

Pertukaran Website Public Gold

Assalamualaikum.

Public Gold telah menghadapi masalah dengan pentadbiran sistem website yang sedia ada. Untuk itu, bagi yang ingin melihat harga emas semasa, sila layari website Public Gold yang baru di alamat berikut:

www.publicdinar.com.my

Anda juga akan menghadapi masalah untuk membuat price booking online kerana masalah yang tersebut di atas. Oleh itu bagi tujuan price booking, ada mempunyai tiga pilihan seperti berikut:

1) Call cawangan Public Gold pada waktu bekerja;
2) Sms ke Public Gold mobile phone seperti berikut:

















3) Hantar email ke order@publicgold2u.com.my dengan format yang berikut:

Nama:
PG code:
IC No.:
H/P No.:
Email address:
Payment Method: EPP/ Full Payment
Collection at/ Preferred Branch

Sunday, August 14, 2011

Tip-Tip Sebelum Anda Membeli Barang Kemas.



Assalamualaikum,

Terlalu cepat masa berlalu akhirnya kita telah sampai Ramadhan yang ke-15 hari ini. Mungkin ramai yang tidak menyedari Ramadhan sedang meninggalkan kita hari demi hari. Bersamalah kita merebut manfaat dari bulan Ramadhan yang masih berbaki ini. InsyaAllah.

Untuk posting kali ini, suka untuk saya kongsikan tip-tip sewaktu anda ingin membeli barang perhiasan emas.

Barang kemas biasanya mempunyai nilai yang berbeza bergantung kepada kandungan emas(purity). Kandungan emas disukat mengikut sukatan 'karat'. Makin tinggi nilai karat, semakin tinggilah nilai emas tersebut. Berikut adalah urutan karat emas yang mungkin terdapat dalam pasaran.

24-karat = 999 / 99.9%
22-karat = 916 / 91.6%
21-karat = 875 / 87.5%
20-karat = 833 / 83.3%
18-karat = 750 / 75.0%
15-karat = 625 / 62.5%
14-karat = 585 / 58.5%
10-karat = 417 / 41.7%
9-karat = 375 / 37.5%
8-karat = 333 / 33.3%
1-karat = 042 / 4.2%

Kebiasaan barang kemas, jika diperhati betul-betul, anda akan dapat lihat ukiran kecil yang menunjukkan kandungan emas seperti 916, 750 dan sebagainya. Pastikan anda tahu kandungan emas barang yang anda beli sebelum meninggalkan kedai. Tetapi itu bukan jaminan kandungan emas tersebut adalah sama dengan yang diukirkan. Kadang-kadang ada juga yang menipu. Anda mungkin akan sedar anda telah ditipu apabila anda menjual semula emas tersebut di kedai yang lain.

Oleh itu pesanan saya, pastikan anda beli dan jual barang kemas anda dikedai yang sama untuk mengelakkan dari ditipu serta pastikan anda menyimpan sijil/resit jual beli emas anda untuk kegunaan di masa yang diperlukan.

Setakat itu dahulu untuk kali ini.

Ramadhan Kareem.